8C buat suami benci isteri…

Posted on May 4, 2009 by bojei.
Categories: bacaan ringan.
First,sory klau de yg t’sggung..
just nk share dgn korg.. 

C1. 
CABAR
 

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. 
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… 

C2. 
CABUL 

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. 
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua… 

C3. 
CELUPAR 

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 

C4. 
COMOT
 

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. 

C5. 
CEMBURU 

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. 
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2… 

C6. 
CEREWET
 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. 

C7. 
CINCAI 

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi…. 

C8 CUAI 

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. 

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Bookmark and Share

Ayang cintakan Abang juga

Posted on April 18, 2009 by bojei.
Categories: untuk 18 tahun ke atas sahaja :).

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Bookmark and Share

Piramid Syiling

Posted on April 17, 2009 by bojei.
Categories: uji minda.

Siapa boleh terbalikkan piramid syiling ini dengan hanya mengerakkan 3 keping syiling sahaja?
Boleh anda bantu saya menyelesaikannya?

*mungkin ader yg pernah buat..sama2 la kita kongsi ye.. :-)

Bookmark and Share

Bila nak peluk … yang aku suka peluk

Posted on by bojei.
Categories: bacaan ringan.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

*touching artikel nih..tu yg nak kongsi dgn kawan2..huhu..

Bookmark and Share

kucing yang boleh bercakap

Posted on by bojei.
Categories: bacaan ringan.

Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar anak kucing tersebut bercakap…

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau sepatah haram pun…

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2..
“Hey, AWASSSS … rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu.”

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya…

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
“Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap…engkau tidak mahu mendengarpun cakapku… “

Bookmark and Share

PPSMI

Posted on April 16, 2009 by bojei.
Categories: bacaan ringan, untuk 18 tahun ke atas sahaja :).

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan..

Now you know…WHY…  :-p

Bookmark and Share

urine test positive..

Posted on by bojei.
Categories: untuk 18 tahun ke atas sahaja :).

Sepasang suami isteri yg tinggal di suatu taman perumahan teres kat mana ntah le..
suaminya keje kilang je..isterinya dok umah, tak keja

suatu hari.. suaminya sakit kepala dan rasa demam2 tak sedap badan..
balik keja ptg tu pi la satu klinik swasta jumpa doktor untuk rawatan.. doktor nak peksa air kencing..tapi yang pagi2 punya..

esok pepagi tu, suami pun kencing la masuk dalam botol tak atas meja..dgn harapan nanti balik keja..nak wak pi jumpa doktor utk dipeksa..

isteri dok punggah cari bil letrik bil air pun sama le dok atas meja..dok tak dok tangan terkena botol jatuh pecah, air kencing bertabur..

isteri dah kecut dan takut.. kalau suaminya tahu mampuih le dia..so, dia kencing ganti dalam botol yg serupa..harap2 suaminya tak tahu, selamat la dia..

suami balik lepas keja..mintak botol kencingnya tu..isteri bagi je ngan selamba..
wak pi jumpa doktor yg kemarin tu la..

lepas peksa doktor senyum je…TAHNIAH.. Sah Mengandung!kata doktor pada si suami..

suami melopong terkejut…terus balik mengadu kat isteri dia..susah hati bukan main lagi…isteri nak tau gak apa halnya..

sambil mengeluh dia berkata :

‘.. itu lah minah!! abg dok kata dah..abg dok atas minah pun nak dok atas juga..
selalu sangat minah naik atas abg ni..haa.. skang apa dah jadi..??? doktor dah sahkan abg pula yang mengandung!! ”

isteri tergelak sampai berguling ..suami bersedih dan keliru.. tak menentu dok pikiag nanti cemana nak beranak!!

Bookmark and Share

kecantikan lelaki n kegagahan perempuan…

Posted on by bojei.
Categories: bacaan ringan.

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wallahualam

Bookmark and Share

kenapa mati hari jumaat

Posted on by bojei.
Categories: bacaan ringan.

kenapa mati hari jumaatSalah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur… Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9….00 am …

tiba-tiba… …..

Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut…. soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..

Bookmark and Share

Salam

Posted on April 15, 2009 by bojei.
Categories: Uncategorized.

Adeh…lama dah aku x update blog nih…dah ader internet pun x update..

hehe..

bukan ape..aku jarang bukak blog nih..

tapi aku igt nak ubah format la..

aku nak kongsi artikel2 menarik dgn2 gambar2 menarik kat blog aku nih

bleh korang semua baca sama2..

boleh x?

ala..kalau x boleh pun aku buh jgk..hehe..

skrng nih dok sibuk wat psm la..

aku nak try dulu..lepas atau tak tuh belakang kira..janji cuba..betul x kawan2..

hehe..

ok la..

takat nih dulu la ye..

karang aku upload artikel2 gambar2 atau ape2 je la yg menarik utk dikongsi dgn korang semua..

ok la..

salam..

kawan2 tak mau lawan…

Bookmark and Share